(WTF!) Les’ Copaque Tukar Tema Upin & Ipin Demi Peminat Indonesia

Sekali lagi karyawan Malaysia membuat percubaan berani untuk menarik perhatian rakyat Indonesia yang sebenarnya tidak peduli pun akan hasil seni Malaysia.

Satu-satunya produk seni Malaysia yang di’sayangi rakyat Indonesia adalah Siti Nurhaliza & apa yang Upin & Ipin alami di Indonesia jauh dari menjadi satu fenomena.

Baru baru ini Les’ Copaque mengumumkan yang mereka telah menukar halatuju filem kedua Upin & Ipin daripada bertemakan angkasaraya kepada tema cerita dongeng & kesultanan Melayu lama.

“Kalau kita teruskan dengan Upin & Ipin: Angkasa, jalan ceritanya mungkin terlalu moden dan tidak sesuai dengan budaya di Indonesia”

Alasan’nya adalah untuk memenuhi permintaan peminat di Indonesia & seperti yang kami petik, tema angkasa terlalu moden buat Indonesia. Hey, who give a shit?

Upin & Ipin adalah ‘milik’ rakyat Malaysia dan sepatutnya halatuju filem komedi animasi kegemaran ramai ini sepatutnya beracuan Malaysia, bukan’nya memandang kepada kehendak Indonesia.

Les’ Copaque juga bercadang untuk membawa nama Upin & Ipin ke India dan kami menjangkakan, jika mereka berjaya meraih populariti, mungkin filem ketiga Upin & Ipin akan bertemakan perjuangan Mahatma Gandhi.

Bacaan Lanjut: Tuah Kembar Botak Cetuskan ‘Laksamana Upin & Ipin’ (via mStar Online)

(Gambar) Nora Danish Masih Aktif Jam 3 Pagi Bersama Rakan Lelaki

Apabila Fasha Sandha menulis melalui Twitter yang Nora Danish tidak kurang ligat’nya apabila bersosial, kami semacam kurang percaya dek kerana status beliau sebagai seorang ibu tunggal.

Mana mungkin ibu tunggal yang sibuk bekerja mencari rezeki buat anak tersayang ada masa untuk bersosial & keluar sehingga lewat pagi.

Seorang peminat hiburan menghantar gambar yang menunjukkan Nora Danish sedang bersiap untuk beredar dari sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Menurut maklumat, gambar ini di’rakamkan sekitar jam 3 pagi & satu insiden di’mana salah seorang rakan wanita Nora Danish muntah menyebabkan peminat hiburan ini perasan akan kelibat beliau. Teruskan Membaca

The Biggest Loser Asia Kini Kembali: Ujibakat 13 Jun Ini di The Curve, KL

Info terbaik untuk mereka yang ingin menguji nasib untuk menurunkan berat badan.

Jika ubat ajaib Dr.Rozmey masih belum menunjukkan kesan, ini adalah jalan yang lebih ideal.

The Biggest Loser Asia kini membuka pintu untuk pendaftaran peserta baru musim ke-2.

Pemenang musim pertama, David Gurnani berjaya menurunkan lebih 83kg & ini sudah cukup kuat untuk menjadi perangsang dan motivasi anda menjadi lebih ringan.

Ujibakat akan di’adakan di Fitness First Centre di The Curve pada 13 Jun ini & sebelum itu, anda perlu melengkapkan borang yang maha panjang di’laman web rasmi mereka.

Jadi tunggu apa lagi? Mana tahu anda mungkin menjadi jejaka atau gadis terhangat seterusnya menerusi The Biggest Loser Asia musim kedua.

(Gambar) Watie Posing Seksi Berambut Perang, Akui Intim Dengan Duda

Mari raikan comeback kami yang hilang selama 15 hari dengan kisah selebriti yang kami ceduk dari mStar Online. Ya, kami ceduk.

Kami ada beberapa keping gossip yang ada dalam simpanan dan menunggu lampu hijau dari pengirim untuk kami siarkan. Jadi, tunggu.

Ini kisah picisan tentang seorang janda yang kini kelihatan sudah perang kemerahan rambut’nya — Watie Elite.

Kami tahu Elite sudah tidak wujud namun Watie agak sinonim dengan panggilan Watie Elite bukan? Jadi marilah kekalkan panggilan itu untuk memudahkan cerita.

Di’tanya wartawan tentang teman hidup & perkembangan terbaru, Watie Elite mengakui yang kini beliau sedang dalam proses mengenal hati budi seorang jejaka bergelar duda.

Yang lebih menarik, duda tersebut di’katakan merupakan seorang orang seni yang sudah lama bertapak & mereka berkawan sejak zaman kegemilangan Elite lagi.

Watie Elite berkata beliau masih belum mahu mendedahkan siapa gerangan jejaka bertuah tersebut yang kini di’katakan berusia 30-an & seorang aktor. Mulakan sessi teka teki anda semua!

(Gossip) Fahrin Ahmad & Adeline Tsen Keluar Bersama, Bercinta?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Asal keluar bersama sahaja mesti kena gossip bercinta ye tidak? Itu’lah lumrah dunia selebriti. Mata peminat sentiasa memandang.

Terbaru, seorang peminat hiburan terserempak dengan pasangan Fahrin Ahmad & Adeline Tsen di Restoran Kayu Nasi Kandar, Dataran Sunway, Kota Damansara.

Jika ada yang tidak kenal siapa Adeline Tsen, beliau merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri Hotel Mania. Fahrin Ahmad, semua kenal.

Mereka berdua tidak nampak mesra bak sepasang kekasih ketika makan & perbualan mereka juga nampak kasual — menurut kata saksi.

Namun ketika mereka berdua menuju ke tempat letak kereta setelah selesai makan, saksi mendakwa Fahrin Ahmad menyentuh bahu Adeline Tsen.

Adakah ini bibit bibit permulaan pasangan terbaru teman tapi mesra Malaysia. Kita nantikan sahaja jawapan dari Fahrin Ahmad & Adeline Tsen. Gambar besar selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

12