fbpx

Zynakal Dedah Dirinya Anak Angkat, Ibu Kandung Seorang Pengemis

Tahun lalu, kontroversi panas terpalit penyanyi Zynakal sehingga terpaksa ditahan di wad psikiatri bagi menjalani rawatan pemulihan di hospital. Bagaimanapun, tahun 2020 Zynakal mahu membuka buku baru dan menyesali kesilapannya terdahulu.

Baru-baru ini, Zynakal membuat pendedahan tentang dirinya merupakan seorang anak angkat dan langsung tidak mengenali ibu dan bapa kandungnya. Menerusi satu rakaman eksklusif, Zyanakal berkata dia hanya mengetahui perkara itu ketika berusia 10 tahun.

BACA: Zynakal Disahkan Hadapi Penyakit Mental, Kini Sedang Dirawat

“Ketika berada di balai polis, barulah ibu memberitahu yang saya merupakan anak angkat. Selepas itu, saya terus menangis kerana merasakan suatu kehilangan dalam diri saya.

“Selama ini saya rasa ibu adalah emak saya yang sebenar. Saya akui memang sukar untuk menerima hakikat tersebut, apatah lagi saya diberitahu ibu kandung saya seorang pengemis,” katanya.

Menurut Zynakal, ibu kandungnya telah menyerahkannya kepada ibu angkatnya untuk dibesakan sejak dia dilahirkan lagi. Dalam pada itu, Zynakal turut meluahkan hasratnya untuk mencari kedua-dua ibu bapa kandungnya.

“Buat masa ini belum tiba masanya lagi kerana sehingga kini saya masih belum dapat balas lagi jasa ibu angkat yang telah membesarkan saya,” ujarnya.