Siapa menyangka tindakan ganas Zynakal beberapa hari lalu disebabkan gangguan mental, Bipolar Mania yang dihadapinya dan terpaksa ditahan di wad psikiatri bagi menjalani beberapa siri rawatan pemulihan di hospital.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Cekik Pekerja Stesen Minyak, Zynakal Didenda RM2,800
Menurut teman rapatnya, Syazwan Zanini, perkara itu disahkan setelah beliau dan rakan-rakan memujuknya untuk ke hospital. Bagaimanapun hingga kini, keadaan Zynakal masih belum stabil dan kelakuannya tidak boleh dijangka.
“Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain pada dirinya yang menggambarkan itu bukan dia. Awalnya dia menolak, namun akhirnya dia akur”
“Hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera. Buat masa ini tak dapat dipastikan bila dia akan dibenarkan pulang. Dia masih belum stabil”
“Kadang-kadang dia okey tapi tiba-tiba boleh berubah menjadi tak okey. Watak dia pelbagai dan kadang-kadang kita tak faham apa yang cuba disampaikan dalam perbualan. Kalau anda kenal dia, anda akan tahu itu bukan dia,” jelasnya.
Menjawab spekulasi netizen yang mendakwa Zynakal dibawah pengaruh dadah, Syazwan menegaskan rakannya itu telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapat beliau bebas dari sebarang pengaruh dadah seperti didakwa.
Untuk pengetahuan, Bipolar Mania merupakan salah satu gangguan pada mental yang menyebabkan emosi seseorang pesakit berubah-berubah. Semoga Zynakal diberikan kesihatan yang lebih baik selepas ini. (rtky/w)