Bagi pasangan yang sudah berkahwin sudah tentu mereka tidak terlepas dengan pertanyaan mengenai anak. Namun, adakalanya ianya menjadi soalan sensitif dan mengguris hati perasaan seseorang.
Termasuk pelakon dan pengacara Zulin Aziz yang berdepan situasi sama selepas berkahwin pada 20 Februari lalu, peminat sering bertanyakan mengenai soal anak sedangkan belum cukup setahun usia perkahwinan.
BACA: Zulin Aziz Dirikan Solat Hajat Khas Untuk Adik Bella Di Raudhah
Namun, rupanya Zulin menyimpan berita duka dimana dia mendedahkan dirinya baru saja mengalami keguguran pada Ogos lalu. Zulin berkongsikan perkara itu menerusi sesi Live di TikTok selepas ramai yang bertanyakan mengenai soal anak.
“Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Sabarlah..saya baru lepas gugur bulan lepas,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi sesi Live itu Zulin turut memberikan teguran supaya tidak bertanya soalan sensitif kepada dirinya serta menyifatkan pertanyaannya itu patut dibuat.
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan.
“Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin… kalau aku kahwin dengan suami kau, baru tahu!,” katanya.