fbpx

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding Gemuk

Pelakon Zulin Aziz berkata dia tidak kisah dan gembira jika ada orang yang menegur bentuk badannya semakin berisi disebabkan mengandung.

Memetik Astro Gempak, Zulin bagaimanapun berkata dia akan rasa kecil hati jika ada yang menegur dirinya ‘gemuk’

BACA: “Baby Bump? Sebenarnya Perut Saya Yang Buncit” – Zulin Aziz

“Saya tak okay kalau orang cakap saya dah gemuk…saya okay saja kalau orang cakap saya hamil. Saya gembira saja kalau badan naik dan orang tegur ‘eh pregnant’.

“Saya akan ‘amin’ sebab tak ada la malu sangat yang saya dah gemuk kan. Kalau macam orang tegur ‘kau dah gemuk sekarang’, saya akan kecil hati.

“Bagi saya kalau nampak saya gemuk tu…anggap saja yang saya hamil,” katanya.

Sementara itu, melihat orang ramai teruja kerana menganggap dirinya hamil, Zulin berkata dia menjadi lebih bersemangat untuk mendapatkan zuriat serta melihat ianya satu doa.

“Saya anggap mereka teruja la dan saya pun jadi semangat nak buat anak. Lagipun bila mereka tanya atau tegur itu, saya anggap itu satu doa juga.

“Nak cakap balik dekat orang yang saya tak hamil itu, saya takut kecewakan mereka pula. Jadi saya biarkan saya dan anggap saja la saya hamil,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak