fbpx

“Baby Bump? Sebenarnya Perut Saya Yang Buncit” – Zulin Aziz

Pelakon Zulin Aziz menafikan dakwaan dirinya berbadan dua seperti yang diperkatakan netizen menerusi gambar percutian yang dikongsikannya baru-baru ini.

Memetik Kosmo, Zulin berkata baby bump yang diperkatakan netizen itu hanyalah perutnya yang buncit serta tidak kisah dengan spekulasi netizen.

BACA: Enggan Panjangkan Isu Rumah Tangga, Zulin Aziz Kunci Mulut Punca Pergaduhan

“Baby bump? Sebenarnya perut saya yang buncit dan hanya mengandungi lemak sahaja. Saya tak kisah pun, lebih baik orang cakap mengandung daripada kena ‘body shaming’,” katanya.

Sementara itu, Zulin berkata dia tidak tertekan dengan spekulasi kehamilannya yang sering diperkatakan ramai sebaliknya menganggap ianya satu doa.

“Badan jenis ada mood, kalau makan, memang akan asyik makan banyak. Apabila nak diet, akan diet seketat-ketatnya. Sekarang, perut sudah buncit dan berkembang.

“Jangan risau, kalau ada rezeki (hamil) nanti, saya akan kongsikan. Sekarang saya cuma aminkan semua doa kalian,” katanya.

Dalam pada itu, sebelum ini rumah tangganya pernah dilanda badai, Zulin berkata dia dan suami sedang fasa mempelajari selok belok rumah tangga.

“Alhamdulillah, doa yang baik-baik. Kami pun baru setahun jagung dalam kehidupan suami isteri dan melalui fasa yang sama seperti pasangan lain. Terima kasih atas keprihatinan dan doa-doa semua buat kami,” katanya.

Untuk rekod, Zulin mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan, Farhan Norzaini pada 20 Februari 2022.