fbpx

Zulin Aziz Beri Bayangan Bakal Berkahwin

Gara-gara memuat naik gambar baju perkahwinan, ramai menyangka Zulin Aziz bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Apalagi Zulin juga tidak menafikan bayangan yang diberikan di laman sosial.

BACA: Pembantu Rumah Pukul, Hentak Kepala Zulin Aziz

“Memang agak klise tapi itu yang sebenarnya. Kita hanya mampu untuk merancang tapi Allah yang akan menentukan. Insya-Allah bila dah tiba waktu yang sesuai, saya akan kongsikan berita gembira itu pada semua orang”

“Saya bukan nak rahsiakan atau sorokkan perkara yang baik. Tapi takut kita cakap lebih-lebih, benda tak betul-betul pasti lagi. Tapi saya janji, kalau semuanya dah disusun dengan cantik dan ada kepastian, saya akan beritahu semua,” jelasnya kepada m Star Online.

Rata-rata peminat gembira dengan bayangan yang diberi serta mendoakan wanita itu cepat mendirikan rumah tangga. Terdahulu Zulin telah memuat naik gambar seorang gadis memakai baju perkahwinan dengan kepsyen ‘Amin’.

Mungkin benar dakwaan peminat kerana Zulin juga tidak menafikan dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan berita gembira tersebut. Pasti ramai tidak sabar melihat jejaka bertuah itu. (rtky/w)