fbpx

Tak Kira Bangsa, Zul Yahya Sumbang Bantuan Makanan

Tidak dinafikan ramai yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan bagi menampung pendapatan harian keluarga.

Terkesan melihat ramai yang tidak mempunyai pendapatan susulan lanjutan PKP, pelakon Zul Yahya turut turun padang membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

BACA: Video Kuliah Zul Yahya Tarik Perhatian Ramai

Lebih menyentuh hati, bantuan bekalan makanan yang diberikan oleh Zul Yahya tidak mengira bangsa atau agama seseorang itu. Menerusi perkongsian di Instagram, Zul turut menyumbang bekalan makanan kepada golongan bukan Islam.

Menerusi perkongsian itu, Zul berkata hati orang yang beriman perlu diisi dengan nilai kasih sayang dan sentiasa berusaha belajar untuk memupuk sikap keprihatinan terhadap seluruh manusia.

“Hidup dalam sebuah masyarakat yang memiliki pelbagai ragam, pastinya kita perlu mengurusnya dengan baik. Kita tidak boleh hidup secara sendirian tanpa mengambil kira kepentingan orang lain,” katanya.

Perkongsian Zul itu mendapat perhatian netizen yang memuji sifat murah hati pelakon itu. Malah ramai yang mendoakan agar Zul dimurahkan rezeki berlipat ganda dan dipermudahkan urusan.

Turut mengusahakan sebuah kedai makan, sebelum ini Zul menghulurkan sumbangan lauk secara percuma kepada orang ramai.