fbpx

“Zul Tolonglah Cakap Biar Jelas, Macam Kemam Buah Rambutan”

Umum mengetahui, drama Perempuan Itu kini sedang rancak ditayangkan di platform digital lakonan hebat Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa.

Bagaimanapun, ada netizen yang mengkritik cara pelakon berbadan sasa itu melontarkan skrip serta ada yang mengatakan Zul ‘kemam’ dialog.

BACA: Bakal Tunai Haji, Zul Ariffin Berangkat Ke Tanah Suci 10 Jun Ini

Memetik Kosmo, menerusi komen yang ditinggalkan netizen, ada yang mengatakan mereka tidak faham dengan dialog yang diperkatakan oleh Zul dalam drama berkenaan.

“Zul tolonglah cakap biar jelas, macam kemam buah rambutan!

“Rasa-rasanya Zul kena pergi kelas komunikasi, belajar cara bercakap,” seloroh netizen.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan Zul control macho serta ada yang meminta pelakon itu mengikuti kelas komunikasi untuk bercakap.

Ada saja netizen ni, tapi apa yang pasti ramai yang tak senang duduk tengok drama Perempuan Itu apatah lagi watak suami yang curang terhadap isterinya.