Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama TV
Pelakon Zul Ariffin memaklumkan dia membuat keputusan untuk undur diri daripada berlakion drama di TV untuk memberi fokus kepada filem.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 36 tahun itu berkata dia berhak menentukan masa depan kerjanya. Ujarnya lagi, dia mengakui letih dengan sikap segelintir pihak yang memandang remeh dengan penggambaran drama
BACA: “Sepanjang Karier Saya Tak Pernah Request Nak Dukung Heroin,”-Zul Ariffin
“Kalau nak kata eksklusif ia subjektif pada saya. Saya rasa macam berhak untuk meletakkan diri di tempat yang saya nak. Kebanyakan filem saya orang suka, sokongan itu penting dan orang ‘demand’. Apabila kita tengok diberikan maklum balas sebegitu, rasa macam kena buat lagi. Bagi saya ia menarik.
“Saya suka drama dan saya bermula dengan itu, cuma letih dengan orang memandang remeh bila ‘shoot’ drama. Contohnya, drama bukan tempat ‘acting school’. Asah bakat betul-betul, masuk betul-betul sebab bila buat drama kita ada tanggungjawab, kita nak dapatkan sambutan, kita usaha yang terbaik, dapatkan ‘rating’ kepada stesen TV, penerbit bagi kerja, kita patut bagi sesuatu kepada mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Zul berkata setiap pelakon perlu ada sasaran diri dan kerjaya. Ujarnya lagi, dia juga perlu berusaha lebih lagi untuk sampai ke tahap yang diimpikan.
“Bukan nak kata ego, bangga dan sebagainya tetapi kena ada sasaranlah. Saya menyasarkan diri daripada pelakon tambahan nak jadi pelakon pembantu kemudian teringin nak jadi hero tapi bukan terima bodoh macam tu saja. Mungkin saya kena buat macam ini, itu dan lain-lain.
“Kalau itu era Datuk Aaron Aziz dan Datuk Farid Kamil, mesti kita kata filem besar. Bila dapat tahu bayaran mereka, saya telan air liur, banyaknya gaji mereka jauh beza dengan saya. Tapi, saya tak cemburu dan saya pun nak macam tu juga. Jadi, saya usahalah ke arah itu dan saya hargai perjalanan itu,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
bagus la tu, dah tua tua layan filem je la.. ni drama pun kau, filem pun kau. bosan
Ko dulu laku keras pon sbb ex gf jd director. Kalau tak..hauk je la…
Contohi Bront Palare dia jaga standard dia hanya terima tawaran yg berkualiti je. X jd miskin pun kalau memilih offer yg penting jaga professional kerja!
Satu-satunye filem dia yg saya suka is hantu kak limah.. tp filem or drama lain mmg x tgk sbb x minat dia sebnrnye.. hehehe.. sorry zul :-D
Cuba lah berlakon sebagai seorang bapa kepada anak berusia dlm lingkungan 8 ke 12 tahun pula… Lagi pun umur Zul sudah mencecah akhir 30an. Berlakon sebagai teruna mcm dah sesuai… Maaf ye. Sekadar beri pandangan sahaja…