fbpx

Zul Ariffin Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon Zul Ariffin mengumumkan pengunduran dirinya daripada sebarang pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34.

Dalam entri tersebut, Zul memberitahu dia sudah pun menghubungi pihak penganjur mengenai perkara itu serta mengucapkan selamat maju jaya buat semua calon.

BACA: “Saya Nak Mati Sebagai Suami Orang”

“Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhmdulillah. Sini saya nak beritahu dan umumkan saya sudah tarik diri daripada semua pencalonan ABPBH34 serta sudah menghubungi pihak BH,” katanya.

Semenetara itu menerusi satu perkongsian di Insta Story, Zul menjelaskan dia menarik diri bukan kerana ingin bersara dari dunia hiburan.

“Jangan risau, saya bukan bersara daripada berlakon, atau berhijrah. Buat masa sekarang saya hanya ingin menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, Zul dilihat kerap bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Malah, sebelum ini Zul meluahkan rasa hatinya yang turut terkesan dengan pandemik melanda negara.