fbpx

Zul Ariffin Tak Kisah Dikecam Separuh Bogel

Pernah dikecam kerana tampil separuh bogel dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba, Zul Ariffin memberitahu beliau sekali lagi bakal tayang badannya yang sado dalam filem terbaru, Sangkar dan tidak kisah andai dikritik jual tubuh lagi.

BACA: Zul Ariffin Sakit Pinggang Dukung Elizabeth Tan

“Biarlah orang nak cakap saya nak jual tubuh pun kerana ia keperluan watak dilakonkan. Bukan sengaja mahu tayang badan untuk raih publisiti. Setakat ini, saya giat menjalani latihan Intensif untuk karakter peninju MMA itu,” katanya.

Menurut Zul, tindakannya itu bukanlah mahu meraih publisiti murahan tetapi hanya memenuhi tuntutan watak yang dilakonkan sebagai peninju latihan seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Bila difikirkan balik sebagai seorang peninju MMA, memang mereka ini tidak memakai baju ketika berlawan kan. Kalau dulu filem Tombiruo pecah panggung gara-gara Zul tayang badan, harap-harap filem ini pun sama! (rtky/w)