Zul Ariffin Tak Ada Masalah Berlakon Dengan Instafamous
Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin berkata dia terbuka untuk digandingkan dengan pelakon baru termasuk dengan mana-mana Instafamous.
Menurut Zul, dia percaya tiada pelakon yang terus popular ataupun terus berada dipuncak dalam masa yang singkat.
BACA: Zul Ariffin Akui Tak Perlu Pegang-Pegang Untuk Hayati Watak
“Saya tak ada masalah untuk berlakon dengan influencer atau instafamous, lagipun ramai antara mereka terdiri daripada wanita. kebiasaannya tanggungjawab watak utama akan lebih berat pada pelakon lelaki, jadi saya rasa tiada masalah.
“Saya tak kisah walaupun seseorang pelakon yang digandingkan dengan saya itu pertama kali datang ke set sekalipun kerana tiada pelakon yang terus top hanya dalam setahun atau dua tahun pertama,” katanya.
Dalam pada itu, Zul berkata dia mementingkan kerjasama dengan pelakon lain dan yakin pasti sebagai pelakon baru mereka mahu belajar.
“Saya sentiasa pentingkan kerjasama, saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan mereka (influencer & instafamous). Saya yakin mesti banyak perkara yang mereka mahu belajar lebih lagi,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm………. blh aja awak blakon dgn instafemes, p jgnlh yg kurus kering keding, carilah yg hot2.. sado and hot bru best. klu sado dgn keding, ewwwwwwwwwwwwwwwwwwww… x tliur nak nengok!!!!!!!!!!!!!!!!
Bujang tua berlumut…hahahaaah
Nak ce try ngayat yg muda2 lettew. Golongan2 instafamous influencer yang dahagakan publisiti dan duit ni mesti suka sangat2 ada senior yang supportive cam abam jul ni. Lagi2 yg bertudung make up tebal macam kamus dewan dan bahasa serta bulu mata tebal persis berus lukisan. Bertudung tapi try hard to be recognised. Lepas dah dapat tangkap orka baru dia stop. Yela dah tak perlu risau pasal duit. Chanel ysl prads lv sume macam beli pisang goreng je. Pastu pandang rendah pada golongan kurang mampu acah dia kayangan lolololol