fbpx

Zul Ariffin: Sedia Untuk Kahwin, Tetapi Bimbang Akan Masa Hadapan

Pelakon dan model kacak, Zul Ariffin telah menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah bersedia untuk berumah tangga, dengan erti kata lain telah bersedia untuk berkahwin dan menjadi seorang suami kepada kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai.

“Saya sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin dan memikirkan masa depan saya ke arah itu. Tetapi apa yang saya terfikir sekarang ini ialah mengenai masa depan saya selepas berkahwin,” katanya yang ditemui media semalam.

Tambahannya lagi, kos sara hidup sekarang yang semakin hari semakin meningkat buatkan dia sedikit berasa takut untuk memikirkan kesan jangka panjang selepas berkahwin dan sebagai seorang lelaki dia perlu melaksanakan semua tanggungjawabnya selepas berkahwin kelak.

“Bukan apa saya perlu memikirkan tanggungjawab saya selepas berkahwin. Seronok bila kita nak kahwin ni, tetapi selepas kahwin adakah kita mampu untuk melaksanakan tanggungjawab kita ini. Lagipun saya ini lelaki, banyak yang perlu saya fikirkan selepas itu, dan kita ni sebagai seorang pelakon ada turun dan naiknya,” ujarnya.

Semua tahu yang kekasih Zul Ariffin merupakan seorang produser terkenal Astro & disebabkan itulah dia tidak mahu dirinya dilabel sebagai menumpang kejayaan kekasihnya itu.

“Kita tahu bahawa Gayathri merupakan seorang produser dan disebabkan itulah saya tidak mahu ada orang cakap semua projek dia akan munculnya muka saya ini dan saya juga tidak mahu untuk menumpang kejayaannya. Sekiranya apabila sudah ada tarikh kahwin yang sesuai saya akan memberitahu kepada semua,” katanya.

Sementara itu, Zul Ariffin akan muncul dalam filem terbitan Astro First yang berjudul Panik gandingan bersama Nadiyya Nissa yang akan muncul di channel Astro First pada 20 Januari ini dan berlatarkan ibu kota Jakarta 100% sebagai lokasi penggambaran. (rtky/hfz)