fbpx

Zul Ariffin Pindah Ke Mekah Tahun Hadapan

Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin berkata dia nekad untuk berhijrah dan menetap di Mekah pada Januari tahun hadapan.

Memetik Kosmo, Zul berkata dia sudah lama untuk memulakan perniagaan di sana dan sekarang adalah waktu tepat untuk melaksanakan impiannya itu.

BACA: “Kalau Saya Ada Girlfriend Pun, It’s None Of Your Business Guys” -Zul Ariffin

Zul berkata dia kini dalam proses berpindah, bagaimanapun pelakon itu akan tetap berulang alik ke Malaysia jika ada komitmen dengan karier lakonan.

“Saya memang akan menetap di sana, tapi pastinya akan sering kembali ke Malaysia untuk berlakon juga.

“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya termakbul. Perniagaan yang memang bertapak di Mekah itu memerlukan saya untuk tinggal di sana,” katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata meskipun sudah berhijrah ke sana namun dia tidak akan sesekali memperlahankan kerjaya seninya.

“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Lagipun sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan di sini

“Kalau kita tengok, sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Filem pun dah makin banyak ditayangakn di pawagam. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni,” katanya.