fbpx

Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon berbadan sasa Zul Ariffin apabila tular video aksi mesra dengan aktres, Ruhainies sehingga ada yang mendakwa mereka sudah berkahwin.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Zul menjelaskan hubungannya dengan Ruhainies hanya kawan sahaja serta memaklumkan aktres itu sudah mempunyai kekasih.

BACA: Tular Lagi Aksi Mesra, Netizen Dakwa Ruhainies & Zul Ariffin Dah Kahwin Senyap-Senyap

“Oh, sebab ada few gosip dengan Ruhainies? Ruhainies dah ada boyfriend lah. Just advertise je lah… It’s Ruhainies yang tak nak advertise dia ada boyfriend. Ruhainies ada boyfriend guys… Sorry Ruhainies!

“Why orang nak duduk bertepuk tampar dengan saya adalah… bila mereka fikir saya terlalu baik orang akan take advantage. Semuanya sebab nak kan artikel right? That is pathetic. So, jangan lah buat macam tu.

“Then, when I am stop being nice, stop being friendly, masyarakat akan label saya sombong… Untuk apa? Content?”  katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata dia kini sibuk dengan karier lakonannya. Tegasnya lagi, jika dia mempunyai teman wanita sekalipun ianya bukan urusan orang luar.

“Sekarang ini saya dengan diri saya dan kerjaya saya. Kalau saya ada girlfriend pun, it’s none of your business guys. Saya nak kahwin, saya kahwinlah… But, ia bukan wedding of the year. Banyak lagi kerja lain kena buat,” jelasnya