Zul Ariffin Nafi Jadi Punca Intan Najuwa Putus Tunang
Sejak semalam, angat diperkatakan apabila pelakon Intan Najuwa mengesahkan dia bukan lagi tunang kepada Razrul Anwar Rusli dan mereka sudah membawa haluan masing-masing.
Namun, timbul cerita apabila ada pihak mendakwa Intan meninggalkan bekas tunang disebabkan orang ketiga iaitu pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin.
BACA: Intan Najuwa Sah Putus Tunang, Zul Ariffin Dikatakan Jadi Punca?
Menafikan dakwaan menjadi punca Intan putus tunang, Zul berkata dia tidak tahu-menahu mengenai status hubungan Intan sebagai tunangan orang.
“Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia. Lagipun sebelum ini, isu membabitkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai cerita dia sah putus.
“Saya tak tahu pun (Intan putus tunang). Saya tahu ini pun sebab orang cakap. Tapi apa nak buat, saya memang sudah selalu dikaitkan dengan macam-macam benda.
“Jadi saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan. Jadi suka hati la,” katanya.
Terdahulu, Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018. Namun pada Februari 2020, Intan dilapor mengambil keputusan untuk berpisah dengan Razrul.
Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali apabil pelakon itu dilihat ada memuat naik foto mesra bersama tunangnya itu namun tidak menjelaskan status hubungan mereka.
- SUMBER
- Harian Metro
Zul ni mana minat anak2 ikan ni dia taste wanita cougar jek…
ini komen utk Zul, awak ada hak menafikan, sbb MUNGKIN awak bukan penyebab seprti yg anda kaborkan.
disbbkn sudah putus, tak slh ko cucuk line, inilah masanya utk memikirkan teman. Bangun tidur ada org disebelah, kita waktu muda ni mmglah kurang sikit memikirkan hal2 sakit2 ni, nnti kalau sakit siapa yg bawa ke hospital, siapa yg tolakn wheelchair, (walaupun ada yg beroda, tak sama dgn manusia).
skrg mmg kita x sedar.Nnti dh tua, baru ko ingat kata2 wekkkkkkk. Inipun nasib, kalau dpt anak yg dgr ckp, tak dgr ckp kalo….ssh sgt taw..tpi kan manusia ni ada sifat baik dan buruk, setiap yg buruk pasti ada baik..betul kan..
utk yg bekas tunang tu, x pyh lah cari artis, sudah masuk kuarga artis, semua kena terjahkan, tu hp dah tutupkan. Larilah dari dunia artis.
Zul punya hubungan dgn gayatri masih on ke?!
Playboy tua ni geli haku larhhhh
Dah kau angkat tunang org, bukan on set pulak tu…kau rasa
choy hero pn dah tua ..eyihhh
Kat mana handsome nye mamat ni xpasti. Overrated!zzz yg pakat2 pepet basah berair….sian betine tempatan bad taste.
Zul ni dah so 5yrs ago la……
Sb itu Kau jangan nak rapat dgn Gf,Tunang @ bini org. Kan dah kena tunding kacau Tunang org.