fbpx

Zul Ariffin Nafi Bercinta Semula Dengan Gayatri

Gara-gara khabar angin yang bertiup kencang sehingga ada yang menyangkakan bahawa Zul Ariffin dan bekas kekasih, Gayatri Su-Lin Pillai tidur sebilik di sebuah hotel.

BACA: Zahirah Kecewa Dengan Dakwaan Zul Ariffin?

Mengakui perkara tersebut turut mencalarkan maruahnya, Zul dalam masa yang sama menjelaskan bahawa hubungan dia dan Gayatri sememangnya sudah baik sejak dari dulu lagi dan perjumpaannya bersama Gayatri hanyalah di atas urusan filem Hantu Kak Limah 2017.

“Gayatri sebagai penerbit eksekutif filem berkenaan, jadi hubungan kami adalah atas dasar kerja. Kami pun memang baik sejak dulu lagi. Saya dan Gayatri juga bersikap profesional ketika bekerja”

“Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama”

“Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri,” jelasnya kepada BH Online.

There you go, melalui gosip sebegini, dalam masa yang sama anda pun sudah tahu bahawa filem Hantu Kak Limah dalam pembikinan dan pastinya bagi yang sudah tengok sebelum ini bakal menantikan buah tangan terbaru Mamat Khalid ini.

Apa pun, pastinya Zul Ariffin bijak membuat keputusan dalam mengimbangkan kerjaya dan juga kisah cinta selain membuat pilihan terbaik dalam menjaga namanya di dalam industri seni tanah air. (rtky/s)