Zul Ariffin Mohon Maaf Posting Pasal Agama, Tiada Niat Menunjuk
Sejak kebelakangan ini, pelakon Zul Ariffin dilihat kerap turun padang mengikuti program kebajikan bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Malah, Zul turut memuat naik video apabila berpeluang memberi makanan kepada orang miskin dan jalanan bersama pasukan Ustaz Ebit.
BACA: Zul Ariffin Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular
Namun, menerusi laman Twitter, Zul memohon maaf dengan perkongsiannya berkaitan agama di media sosial. Ujarnya, dia tiada niat menunjuk tetapi hanya berkongsikan pengalaman.
Dalam pada itu, Zul berkata meskipun hanya menyenduk nasi, ianya pengalaman yang sangat berharga dan membuatkannya tersenyum selama satu hari.
Minggu lalu, Zul mengumumkan pengunduran dirinya daripada sebarang pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Zul menjelaskan dia menarik diri bukan kerana ingin bersara dari dunia hiburan, tetapi mahu menjadi insan lebih baik.
- SUMBER
- BeautifulNara
buat lah kebaikan byk2 zul.. nak share di socmed @ tidak itu terpulang dng pilihan sendiri & paling penting Allah tau niat murni & suci setiap hamba Nya..
nampak hang ikhlas. bagus la. hang dah puas hidup “cara” hang. aku tau hidup jantan mcm mana. apa pun aku tau jauh di sudut hati hang, hang nak berubah. sbb asal hang budak baik. aku doakan hang dipermudahkan dan mendapat isteri yg solehah…