Zul Ariffin Hadiah Kereta Mewah Kepada Gayatri Sebagai Tanda Sayang
Baru-baru ini, pelakon berbadan sasa Zul Ariffin membuat kejutan menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai yang juga teman baiknya itu.
Perkara itu dikongsikan oleh Gayatri menerusi Instagram miliknya. Malah, Gayatri turut memuat naik video memaparkan kereta mewah berwarna hitam yang dihadiahkan kepadanya.
BACA: Zul Ariffin Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri
Memetik mStar Online, Zul menganggap pemberian kereta mewah itu adalah sebagai hadiah serta penghargaan buat seseorang yang disayangi.
Menurut Zul tindakannya itu bukanlah sesuatu yang salah apatah lagi dia menganggap Gayatri seperti keluarga sendiri.
“Tak salah buat begitu untuk seseorang yang kita hargai dan sayang. Dia seperti keluarga buat saya. Hubungan kami sangat rapat dan telah kenal lebih dari 10 tahun. Saya tahu dia suka kereta itu, apa salahnya sesekali memberikan hadiah sebegitu,” katanya.
Dalam pada itu, Zul berkata dia tidak peduli dengan apa yang diperkatakan netizen mengenai tindakannya itu.
“Biarlah apa orang nak kata sekalipun. Apa yang penting dia gembira terima hadiah tersebut,” katanya.
Terdahulu, Zul dan Gayatri pernah menjalin hubungan cinta pada tahun 2012 namun hubungan mereka dilaporkan putus.
- SUMBER
- mStar Online
Hero tua ni.. x koser nok.
kawen la wey… bosan dah gosip ko!
Knp Rotikaya ni byk iklan.. semak. Jumpa di cari forum. com . my.. gosip lg best….:(:(
Inilah hasil join tabligh..
Ntah hape2 la artis skg..
zul ni pun suka cari publisiti murahan sengaja time org menggosipkan dia ngn orgtu orgni dia buat2 bagi keta ke gayah ni nak suh org lagi berteka teki.tak kuaserr.umur muda lagi muka cam 50.next!