Kami tengok gambar ini pun sudah tersenyum sendiri apatah lagi peminat dan juga bakal penonton drama Mr London Ms Langkawi. Kami suka melihat senyuman Izara Aisyah dan juga Zul Ariffin yang dikongsikan oleh Nizam Zakaria selaku pengarah drama tersebut.

BACA: Zul Ariffin: Saya Bersedia Nanti, Saya Terus Kahwin


Di dalam drama adaptasi daripada novel terbitan Astro ini, Zul akan membawakan watak Aidid manakala Izara pula membawakan watak Liyana. Jika diikutkan gambar, mereka akan kahwin nanti atau mungkin pembaca novel ini lebih tahu.


Katakanlah, jika Zul dan Aisyah masing-masing masih lagi single, memang tidak habis akan diusik oleh peminat dan juga media.

Apa yang pasti, peminat novel ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang menonton watak novel mereka direalisasikan dengan pelakon yang kelihatan sangat secocok bersama. (rtky/syfq)