fbpx

Zoey Rahman Hadiahkan Ibu Bapa Kondo Harga Setengah Juta

Setiap anak pasti ingin lakukan yang terbaik membahagiakan ibu bapa mereka. Seperti pelakon dan pengcara, Zoey Rahman, hasratnya untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibu bapanya akhirnya tercapai.

Sebagai membalas jasa kedua ibu bapanya, Zoey menghadiahkan sebuah kondominium bernilai kira-kira RM500,000 yang terletak di Cheras. Zoey berkata kejayaan dalam hidupnya kini adalah kerana restu dan doa ibu bapanya.

“Saya percaya rezeki yang saya kecapi adalah keberkatan doa ibu dan bapa. Jadi, saya mahu membalas jasa dan pengorbanan mereka yang menyokong serta menyayangi saya tanpa berbelah bahagi.

“Sejujurnya, saya percaya berkat doa ibu bapa membuatkan saya sampai ke tahap ini. Sudah beberapa tahun perniagaan ini berjalan lancar dan kuasa doa mereka amat luar biasa,” katanya.

Mengumumkan hadiah rumah untuk ibu bapanya pada majlis pelancaran produknya Mikaseries, Zoey meluahkan rasa syukur perniagaannya berkembang baik. Malah, segala yang dimilikinya kini bermula dari bawah menggunakan duitnya sendiri.

“Sepanjang mengusahakan bisnes ini, semuanya bermula dari bawah dan mengumpul duit sendiri menerusi bidang lakonan. Saya tidak membuat sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan ini.

“Saya juga gembira jenama yang saya usahakan ini mendapat sambutan yang sangat baik di platform e-dagang Shopee dan ia juga bakal dijual di Watsons tidak lama lagi,” katanya.