fbpx

Zoey Rahman Beri Amaran Minta Netizen Tak Campur Kemelut Siti Nordiana

Mengulas mengenai kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan Lan Solo, Syura Badron dan tiga lagi individu, pelakon Zoey Rahmah menasihatkan netizen supaya tidak menjadi batu api.

Kata Zoey lagi, netizen tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan berkenaan kerana bimbang komen dilemparkan berbaur fitnah. Katanya adalah lebih baik netizen memberi fokus pada keluarga terlebih dahulu.

BACA: Siti Nordiana Tuntut 5 Sekawan Bayar RM2.5 Juta, Mohon Maaf Di Media

“Sebenarnya saya malas nak komen…saya memang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Bagi saya netizen sepatutnya tidak masuk campur, kalau kita tidak tahu apa-apa jangan komen..takut apa yang kita komen itu akan jatuh fitnah.

“Netizen tidak lalui masalah tersebut, biar mereka selesai di mahkamah…jangan masuk campur dengan siram minyak lagi. Lebih baik netizen fokus pada diri dan keluarga sendiri lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik sekarang ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zoey berharap mereka yang terlibat dapat berbincang dengan baik demi persahabatan mereka yang sudah lama terjalin.

“Dua-dua belah pihak dah besar, nak buat sesuatu tindakan itu fikirlah apa kesan dia nanti, contohnya ketika buat live tempoh hari.

“Saya tidak memihak pada sesiapa sebab saya berkawan dengan semua orang. Berbaiklah industri seni ini kecil, kalau buat show jumpa orang yang sama,” katanya.