fbpx

Zizie Izette Tunjuk Bukti Beli Baju Anak RM10 Di Pasar Raya

Sebelum ini, Datin Zizie Izette memberitahu dia sangat mementingkan aspek pemakaian anak-anak, namun tidak kisah jika pakaian tersebut murah asalkan kemas. Malah, katanya lagi dia akan membeli baju berharga RM10 jika ianya cantik.

Bagaimanapun, ada saja pihak yang mempertikaikannya. Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Zizie memuat naik satu video membuktikan bahawa apa yang dikongsikannya itu bukan hanya rekaan.

BACA: Zizie Izette Tak Kisah Anak-Anak Pakai Baju RM10

https://www.instagram.com/p/B41j9-9lYzL/?utm_source=ig_embed

“So guys, saya nak kongsikan dengan anda kedai murah yang saya belikan baju untuk anak-anak dan pernah dipakai pun dalam post-post saya di IG sebelum ini.

“Saya tak propa tau bila saya kata anak-anak memang ada pakai baju RM10,” tulisnya.

Terdahulu, Zizie memberitahu dengan keadaan ekonomi yang kurang baik serta tanggungan semakin besar, mereka sekeluarga perlu berjimat cermat untuk dibelanjakan ke arah yang lebih penting lagi terutama hal persekolahan anak-anak.