Zizi Kirana Tak Kisah Jumpa Jodoh Melalui Taaruf
Usianya kini sudah mencecah 36 tahun, penyanyi Zizi Kirana mendedahkan ada menerima pelawaan daripada beberapa lelaki untuk melakukan taaruf bagi mencuba nasib untuk bertemu jodoh dengannya.
Zizi berkata dia mula menerima pelawaan itu sejak tahun lalu dan menyifatkan konsep mencari jodoh sebegitu bukan masalah besar baginya.
BACA: Simpan Baju Seksi Dalam Kotak, Zizi Kirana Mohon Doakan Berubah Sepenuhnya
“Sebenarnya saya sendiri memang sudah tahu mengenai taaruf ini, namun tak sangka pula ada yang mempelawa saya melakukannya. Saya mendapat mesej daripada beberapa lelaki yang mahu mengenai saya lebih rapat menerusi taaruf.
“Tidak dinafikan, ada risikonya juga taaruf ini apabila kita langsung tak pernah berjumpa dengan individu itu. Maka, kita tak tahu pun bagaimana keperibadian sebenarnya dan akan memberi kesan kalau berkahwin nanti,” katanya.
Kata Zizi lagi, dia melihat taaruf masih diamalkan oleh ramai orang namun konsep tersebut dilihat agak asing bagi sesetengah masyarakat.
Dalam pada itu, Zizi berkata dia tidak kisah seandainya suatu hari nanti bertemu jodoh menerusi kaedah taaruf.
“Saya tidak menolak bahawa ini adalah perkara baik dalam Islam kerana ia tidak membabitkan ‘dating’. Saya juga akui saya tidak menolak sekiranya ada yang benar-benar jujur untuk bertaaruf dengan saya, kerana pada usia ini saya bersedia untuk apa saja,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
ada satu rancangan omputeh tajuk ” First Date”. Kebanyakkanya yg saya lihat ditemukan (dating) kali pertama di dalam kedai tu. Dating yg pertama dlm kedai tu menceritakan kisah2 peribadi, kerjaya dan apa tujuan. So apa kata buat mcm ni..tetapi umur dan empunya diri mestilah tidak terlalu muda atau tua utk pasangan. Contoh:-
umur lelaki 40an–wanita 30an..bujang,duda/janda.
mcm tulahlah. Bukan umur lelaki 40..wanita 18 tahun..nononononono.
Taaruf ni apa. Mcm blind date ke
Where my komen
Ko kahwin jer dgn ebby yus.ape susah2…tgk eina azman laki dia muka mcm ebby yus.tapi anak dia comel2 jugak..
Tak pe la asalkan direstui orang tua.. Kalau tak nanti ade pulak netizen bodoh maki2 mak mertua..
SUKA HATI LAH JIKA LELAKI TUA MAHU KAWIN PUCUK MUDA APA NAK CEMBURU. JODOH KAMI.