fbpx

Zizi Kirana Semakin Seksi, Makin Berani Dedah ‘Aset’

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ iaitu Zizi Kirana sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi dan menggoda. Walaupun cara pemakaiannya sering dikecam netizen, Zizi mengakui lebih bahagia dengan caranya sendiri.

Baru-baru ini, Zizi memuat naik gambar ‘panas’ dengan hanya mengenakan singlet pendek sehingga menampakkan bahagian dada dan perut. Seperti sudah dijangka, foto tersebut dikecam teruk oleh netizen dan dihujani dengan komen berbaur lucah.

BACA: “Tak Perlu Nak Tutup Pun, Orang Tetap Mengata”

Rata-rata netizen terkejut dan ada juga yang meluahkan rasa kecewa dengan penyanyi itu yang kini semakin berani mendedahkan ‘asetnya’ dan mendakwa tindakannya itu memalukan. Ada juga berpendapat, Zizi berpakaian seksi semata-mata untuk meraih perhatian.

Namun, tidak kurang juga yang memberikan kata-kata positif kepada Zizi supaya mengabaikan segala kecaman dan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.

Apa pun, walaupun teguran oleh peminat atau netizen agak kasar dan mengaibkan, namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan dan tanda sayang terhadap artis kesayangan mereka.