fbpx

Zizi Kirana Sedih Dimaki Kerana Bertudung Di Bulan Ramadan

Pasti ramai tahu penyanyi Zizi Kirana akan tampil berhijab di sempena menghormati bulan Ramadan. Meskipun sudah berpakaian sopan, namun Zizi berkata masih ada yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Menurut Zizi, rata-rata mereka yang mengecam kerana tidak bersetuju kerana dia hanya bertudung di bulan puasa sahaja. Bagaimanapun, Zizi berkata kecaman netizen itu tidak mematahkan niatnya untuk melakukan kebaikan di bulan Ramadan.

BACA: Zizi Kirana Paranoid Dengan COVID-19

“Bulan puasa tahun ini saya masih kekalkan imej bertudung. Tapi yang sedih tu masih ada netizen yang maki-maki dan tak bersetuju saya bertudung hanya di bulan puasa sahaja. Biarlah mereka nak cakap apa pun, saya biarkan sahaja komen itu.

“Doakan sahajalah yang baik-baik, jangan kecam-kecam tambah dosa di bulan Ramadan ni. Manalah tahu nanti saya akan bertudung terus,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zizi berkongsikan banyak hikmah yang diperolehi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan kali ini. Zizi berkata tahun ini dia solat terawih dan mengaji sendirian memandangkan tidak dapat pulang ke kampung.

“Sekarang ini setiap hari saya akan video call dengan keluarga di Sabah semasa berbuka dan bersahur. Walaupun kami jauh tapi rasa dekat, sebelum ini saya akui agak sibuk sampai tak sempat nak telefon keluarga.

“Memandangkan Ramadan tahun ini hanya dirumah, dapatlah solat Terawih setiap hari. Bermula PKP fasa kedua, saya ambil masa baca Al-Quran. Banyak hikmah berkurung di rumah,” katanya.