Penyanyi Zizi Kirana dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Yusuf Bahrin dijadualkan pada bulan depan.

Memetik mStar Online, sumber mendedahkan pasangan itu telah pun menghantar dokumen ke pejabar agama untuk urusan pernikahan dan sedang menunggu tarikh.

BACA: Zizi Kirana Tak Tolak Jodoh Dengan Yusuf Bahrin

“Mereka telah menghantar dokumen ke pejabar agama untuk urusan nikah. Sekarang tengah tunggu tarikh saja. Mungkin bulan depan (nikah),” kata sumber.

Malah, Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis pernikahan tersebut.

Bagaimanapun, portal itu melaporkan usaha untuk mendapatkan pengesahan mengenai itu masih tiada jawapan apabila Zizi dan Yusuf tidak menjawab panggilan atau pun mesej.

Terdahulu, kecoh panggilan sayang pelakon Yusuf Bahrin kepada penyanyi Zizi Kirana di IG Live baru-baru ini sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.

Zizi menjelaskan mereka kini berada dalam fasa berkawan baik, namun dia tidak menolak andai mereka bertemu jodoh.