fbpx

Zizan Razak Umum Tarik Diri Anugerah Bintang Popular

Nampaknya selepas pelakon Zul Ariffin dan Remy Ishak menarik diri daripada Anugerah Bintang Popular 34, giliran Zizan Razak pula tidak mahu bertanding.

Mengumumkan perkara itu di Instagram, Zizan berkata dia mahu memberi laluan kepada bakat-bakat baru untuk bertanding.

BACA: Amar Asyraf Menangis Zizan Razak Borong Baju, Sambal RM1,000

“Seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan #abpbh34. Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zizan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta kepada peminat yang tidak berhenti memberikan sokongan kepadanya setiap tahun.

“Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan. Dan terutama peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya. Zizan akan terus menyokong ABPBH dari luar gelanggang,” tulisnya.

Zizan sebelum ini pernah beberapa kali memenangi anugerah di ABPBH. Pada 2019, Zizan dinobat Artis Komedi Popular ABPBH32.