Zizan Razak Rugi Jutaan Ringgit, Ramai Berhutang Tak Reti Bayar

Pelawak Zizan Razak mendedahkan dia mengambil kerugian mencecah jutaan ringgit selepas menjadi mangsa penipuan beberapa pihak yang dipercayai.

Memetik Oh Bulan, Zizan mendakwa ada beberapa individu selepas diberikan pinjaman kewangan menghilangkan diri dan nilai dikatakan mencecah jutaan ringgit.

BACA: Zizan Razak Buat Ibu Menangis, Hadiahkan Mercedes Benz GLC300

“Yang isu scam itu bukan bisnes baju Melayu tapi perniagaan sebelum-sebelum ini. Sebelum ini ada yang nak pinjam duit, ada juga yang nak jalinkan perniagaan dengan saya.

“Tapi bila minta bayaran semula mereka terus hilang, nilai mencecah jutaan juga. Untuk orang seperti saya nilai itu memang besar,” katanya.

Sementara itu, Zizan berkata individu yang ‘liat’ untuk membayar hutang itu juga merupakan individu yang dikenalinya, malah apabila dihubungi tidak berjawab.

“Yang rapat pun ada, tak rapat pun jadi rapat sebab duit. Saya harap apa yang berlaku bukan dengan niat tapi tidak tahulah bila telefon tidak diangkat berbeza dengan awal-awal berkenalan dan mengajak berniaga.

“Saya tetap bertanya tapi tidak mengemis. Dari kejar macam pengemis lebih baik saya memilih terus berkerja kerana Allah masih beri rezeki dan peluang,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan berkata dia tidak menyimpan dendam serta yakin individu yang tidak membayar hutang itu tidak akan mampu untuk hidup dengan tenang.

SUMBER: Oh Bulan