fbpx

Zizan Razak Buat Ibu Menangis, Hadiahkan Mercedes Benz GLC300

Pelawak Zizan Razak membuat kejutan buat ibu tercinta, Anai Ibrahim dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mecedes Benz GLC300.

Menerusi video dikongsikan oleh abang kepada Zizan iaitu Hafiza Razak, mereka membawa ibu mereka ke bilik pameran kereta jenama mewah berkenaan kononnya sementara menunggu waktu berbuka puasa.

BACA: Cantik Manis, Zizan Razak Didakwa Bercinta Dengan Influencer Bernama Nureen?

@hafizarazak869

Misi berjaya lagi by @zizanrazak869 Untuk ibu tercinta.. @RatuEliz57 Terima kasih yang menjayakan misi ini @musrosymr @rosymus @saifulmerican @serilicious_benz

? original sound – Hafizarazak869 – Hafizarazak869

“Kami datang sini konon-konon bosan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Sambil-sambil itu buat-buat tengok kereta dan berkenalan dengan jurujual.

“Lepas itu, jurujual pura-pura tanya ibu suka ke kereta Mercedes sebelum bawa kami tengok sebuah kereta jenis GLC300,” tulisnya.

Kemudian jurujual berkenaan meminta ibu Zizan untuk membacakan apa yang terpapar di sebuah skrin dan terus sebak serta menitiskan air mata  apabila mengetahui kereta tersebut merupakan miliknya.

Sementara itu, abang Zizan turut meluahkan rasa bangga dengan adiknya kerana banyak membantu mereka sekeluarga.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira. Malah, ada yang mengatakan Zizan mungkin belum berkahwin lagi namun dia dapat membahagiakan keluarganya.