fbpx

Zizan Razak Beli Toyota Hilux Untuk Bantu Orang

Melihatkan musibah banjir besar melanda di beberapa negeri baru-baru ini, pelakon dan palawak Zizan Razak terdetik hati untuk membeli kereta pacuan empat roda.

Zizan berkata dia membeli sebuah kereta Toyota Hilux yang akan digunakan bagi membantu lebih ramai orang yang berdepan kesusahan di masa akan datang.

BACA: Kongsi Foto Bersama Emma Maembong & Suami, Netizen Puji Zizan Razak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Kata Zizan lagi, dia menyifatkan pembelian kereta tersebut sebagai hadiah buat diriya yang selama ini sudah bekerja keras.

“Setelah lama bekerja dan rasa nak hadiahkan diri sesuatu. Harini ini hadiah untuk diri serta berniat nak membantu sesiapa jika perlu. Bermula dgn kes banjir baru ni lah buat Zizan beli Hilux ni. Tahniah Zizan Razak. Proud of me..” tulisnya.

Perkongsian Zizan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta kagum dengan niat murni pelawak itu.