fbpx

Zizan Bongkar Rahsia Tingkatkan Followers

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak yang kini sedang meningkat naik dalam industri hiburan tanah air. Pasti ramai yang tidak dapat melupakan lawak jenakanya yang sering mecuit hati.

Namun baru-baru ini telah terbongkar satu rahsia bagaimana selebriti ini meningkatkan followersnya menerusi laman Instagram.

Jika dilihat pengikut di laman Instagram pelawak ini sudah pun mencecah 5.2m dan pastinya mempunyai rahsia yang ramai tidak tahu.

Selain bergelar selebriti yang membuatkan followersnya meningkat, Zizan juga mementingkan teknik dan kualiti gambar yang akan di muatnaik di media sosial.

Cara sudut gambar yang diambil akan membuatkan lebih ramai peminatnya tidak jemu untuk menekan butang like di setiap gambar yang di muatnaik oleh Zizan. Pasti ramai diantara anda yang ingin tahu rahsia membuatkan gambar Zizan sentiasa on point.

Jawapannya sangat mudah dan anda juga boleh mengikut jejak Zizan ini untuk raih followers. Telefon pintar jenama Honor 8X yang membuatkan setiap gambar di Instagram selebriti kegilaan ramai ini mendapat beribu like.

Anda pasti terkejut apabila mengetahui kelebihan telefon pintar Honor 8X ini dalam masa yang sama anda juga boleh mendapat followers yang banyak hanya dengan menggunakan telefon Honor 8X.

Selain harganya yang sangat-sangat berbaloi iaitu RM 949 terdapat banyak lagi ciri-ciri menarik yang terdapat pada telefon pinta Honor 8X ini.

1. Paparan Skrin Penuh Honor 8X

Lihat sahaja pada paparan skrin penuh yang bersaiz 6.5 inci (Full HD+) dan nisbah badannya yang tinggi sebanyak 91% pasti ramai yang tidak senang duduk. Yalah mana nak dapat telefon pintar yang mempunyai ciri ini disamping harganya di bawah RM 1000.

Menarik lagi, telefon pintar yang dilengkapi dengan skrin IPS LCD ini pastinya membuatkan anda tenang untuk menonton lebih banyak video lawak Zizan kerana skrinnya yang besar dan bingkainya pula hanya selebar 4.25mm.

Terasa seperti menonton di televisyen apabila anda memiliki telefon pintar Honor 8X ini.

2. Reka Bentuk Yang Awesome

Honor 8X ini mampu membuatkan anda seperti di taman bunga dengan keunikan reka bentuknya yang sangat awesome. Sesuai untuk anda yang sentiasa ingin kelihatan elegan dalam penggayaan seharian.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan rekaan aluminium di bahagian sisi serta tekstur Aurora Glass yang terdapat pada bahagian belakang Honor 8X ini mampu memberi kilauan yang memukaukan mata anda.

Menarik lagi, reka bentuk Honor 8X ini dihasilkan dari 15 lapisan dan refracts phantom colors serta cahaya dari sudut yang berbeza.

3. Kehadiran Kamera Yang Paling Gempak

Ini paling penting jika anda ingin meningkatkan followers anda seperti Zizan. Kamera memainkan peranan penting dan merupakan ciri pertama yang diambil kira sekiranya anda ingin memiliki telefon.

Namun dengan Honor 8X anda tidak perlu fikir lagi kerana ianya hadir dengan dwi kamera pada bahagian utama yang dilengkapi dengan 20MP dan 2MP manakala kamera hadapanya adalah sebesar 16MP.

Wah bukan calang-calang telefon pintar apabila kamera utama sahaja pun sudah dwi kamera pasti selepas ini gambar anda super duper awesome.

Nak lagi menarik, Honor 8X ini mempunyai teknologi AI yang mampu membuat pengecaman sehingga 22 objek berlainan.

Bukan tu sahaja, teknologi AI ini juga akan membuatkan gambar anda pada waktu malam lebih cantik dan on point apabila anda menggunakan mode Super Night Shot.

Barulah kali tu gambar waktu malam anda kelihatan objek sebenar dan bukan lagi hanya kelihatan cahaya.

Walaupun telefon pintar ini dijual pada harga yang sangat mampu milik, namun ciri dan fungsi yang disertakan bersamanya adalah seakan sama dengan peranti kelas pertama.

Honor 8X juga turut menyertakan fungsi rakaman slow mo pada kameranya yang mana buat masa ini hanya terdapat pada peranti-peranti kelas pertama sahaja

4. Bateri Yang Tahan Lama

Selain kamera, ketahanan beteri juga menjadi satu perkara penting sebelum anda membuat keputusan untuk membeli telefon pintar.

Namun dengan Honor 8X anda tidak perlu risau lagi, kerana ianya dihadirkan dengan ketahanan bateri sebanyak 3750mAh disamping mempunyai penjimatan bateri yang tersendiri.

Kali itu, barulah anda boleh layan movie lakonan Zizan berjam-jam dan tak perlu susah-susah untuk membuat pengecasan lagi.

5. Ruang Memori Yang Banyak

Kepada yang gemar berselfie pasti Honor 8X menjadi kegilaan anda. Yalah mana tidaknya, Honor 8X mempunyai 4 GB RAM + Storan 128 GB memori pada kad mikro SD sehingga boleh membuat simpanan sehingga 400GB.

Nak lagi menarik, Honor 8X ini disertakan bersama 3 slot yang berbeza iaitu 2 slot untuk sim kad dan satu slot untuk kad mikro SD.

Bagi fungsi Twin Function yang terdapat pada Honor 8X ini membolehkan anda menggunakan 2 aplikasi FB, 2 aplikasi Instagram dan 2 aplikasi messenger dalam satu masa yang sama!

6. Kehadiran Warna Baru Honor 8X Bakal Hantui Anda

Bukan sahaja harganya serendah RM 1000, namun kali ini Honor akan menggeluarkan warna yang memukau dan tampil berani dengan dengan kehadiran Honor 8X berwarna merah dimana harganya masih sama iaitu RM 949.

Honor 8X berwarna merah ini akan berada di pasaran pada 7 November ini. Jangan lupa save the date untuk memiliki Honor 8X merah ini di pasaran ataupun melalui pembelian dalam talian (online) pada masa yang sama.

Terjah Lazada, Shopee, 11 Street dan Hihonor untuk anda dapatkan Honor 8X merah. Maklumat lanjut layari laman Honor.

Inilah rahsia Zizan yang anda pun boleh milikinya dengan hanya RM949 sahaja.