fbpx

Ziana Zain Dedah Suami Pernah Cili Kemaluan Anak

Selepas hampir dua bulan kes suami pelakon dan penyanyi Ziana Zain iaitu Armin Zaharin didakwa mencederakan anak, Ziana akhirnya membuka mulut menceritakan kisah sebenar yang terjadi dalam rumahtanggnya.

Dalam sebuah sidang media khas, Ziana memberitahu dia tidak dapat menahan sabar dengan sikap suaminya yang kononnya ingin ‘mengajar’ anak sehingga mendatangkan kecederaaan pada anak-anaknya.

BACA: Ziana Zain Nekad Fail Penceraian, Armin Tidak Setuju

Ziana menjelaskan anak-anaknya pernah teruk dipukul oleh Armin sehingga menyebabkan muka anaknya lebam dan lebih parah tangan anaknya itu ‘pecah’ kerana dirotan.

Dengan penuh hiba Ziana memberitahu, anak kembarnya Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun pernah dicilikan kemaluan dan duburnya oleh Armin.

Bukan itu saja, Ziana mendedahkan suaminya juga pernah mengambil dadah dan kes anak-anaknya dicederakan adalah faktor utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian.

Ziana turut mengaku dia sudah tidak tahan dengan sikap Armin yang panas baran dan cukup mengenali siapa Armin sebenarnya selepas tinggal bersama selama 20 tahun.