Ziana Zain Dedah Kisah Rumah Tangga Sebelum Lapor Bekas Suami Pada Polis
Baru-baru ini, penyanyi Ziana Zain dijemput sebagai tetamu program bual bicara Next To Neelofa berkongsikan kisah rumah tangga serta apa yang berlaku dalam keluarganya.
Perkongsian Ziana itu membuatkan ramai tersentuh termasuk Neelofa yang turut dilihat mengalirkan air mata mendengar luahan penyanyi itu.
BACA: Ziana Zain Dedah Suami Pernah Cili Kemaluan Anak
Menerusi video dikongsikan seorang penguna TikTok, Ziana mendedahkan dia terpaksa menelan kata-kata kesat bekas suaminya ketka mereka masih bersama sehingga membuatkan dirinya tawar hati.
Menurut Ziana, dia merasakan dirinya tiada harga diri apabila tidak dihargai seorang lelaki bernama suami apatah lagi sudah hibup berbelas tahun bersama-sama.
@seorangnur Isteri mana yang tak kecewa kena macam ni lagi bila sentuh anak anak ? #neelofa #zianazain #nexttoneelofa #fyp #foryou #fypage #xyzbca
“Sebagai isteri perasaan macam mana sebagai isteri? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak heran (peduli) dengan saya. Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri,” katanya.
Ziana berkata lagi, dia tidak menyangka bekas suaminya ketika itu sanggup berkata sedemikian selepas dia berkorban melahirkan cahaya mata mereka.
“Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang). Saya hampir hilang nyawa 50-50 bertarung (nyawa) untuk dia dan this is the end (inikah pengakhirannya),” katanya.
Kongsi Ziana lagi, selepas insiden berlaku pada tahun 2016 itu hatinya mula menjauh sehingga dia berdoa untuk kembalikan rasa kasih pada suami kerana tidak mahu menjadi isteri derhaka.
“Sejak 2016, hati saya jauh saja. Terkesan yang amat. Kalau dia (bekas suami) duduk sebelah kita atau kita nak tidur, saya macam minta pada Allah jangan dia duduk sebelah saya.
“Saya berdoa dan bertanya, kenapa saya macam ada rasa yang saya tak suka suami saya. Saya tak nak jadi isteri derhaka. Saya berdoa, kembalikan rasa kasih sayang terhadap suami saya,” katanya.
Rumah tangganya hampir ke titik noktah apabila berlaku kejadian anaknya menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) didakwa dirotan bekas suaminya.
Katanya lagi, Allah mendengar doanya apabila satu persatu ‘rahsia’ bekas suami terbongkar dan akhirnya dia membuat laporan.
“Saya buat solat taubat, istikharah dan hajat. Lepas itu, saya tidur dan bangkit pukul 5 pagi. Selepas dua hari saya rasa macam memang inilah Allah nak tunjuk. Saya buat laporan,” katanya.
Terdahulu, bekas suami Ziana, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.
Rumah tangga pasangan itu berakhir selepas 20 tahun apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Julai 2018.
- SUMBER
- Kosmo
Lopak buat program londeh hal dlm kain org ni laki dia si ostad tu x ajar ke berdosa bukak aib org weh!
Disagree dengan Lofa bagi program ni.. baik buat program artis dengan anak yatim.
Mentang2 bekas suami takde follower, boleh nak cakap apa pun. There are always 2 sides of a story
lepas ini panggil Nabila kakak lopak, Izreen Azminda, Hanez Suraya, Wan Sakinah, Waheeda wasini dan seangkatan dengannya.
Tengok apa pula cerita bila mereka kena londeh oleh lopak bini ustat tidak bertauliah emak bilal 14K
Dua-dua ni tak tahu malu ka?? Nelofa tu, orang dah sedia maklum. Jenis muka tembok yg gila publicity. Tapi Ziana Zain pun…?!
Sepatutnya dah jadi makcik, dah tua bangka, cerdik lah sikit. Ini cerita lama yg dah lapuk. Benda dah selesai. Mengapa nak dedahkan lagi?
Macam desperate sangat nak attention. Malu lah sikit, Makcik! Jagalah maruah anak-anak.
“Keeping Up With Daud Kardashian”
Host yang berniqab buat show yang buka aib orang, elok sangat ke jah lopa oi?? Orang berpurdah sebab tak nak tarik perhatian tapi jah lopa lagi nak pakai colorful tarik perhatian orang.
So series yang konon duduk sebelah hajah lopa ni cerita kena buka kisah silam?? Apa faedah show dia ni?? Show syok sendiri betul. Saja bagi alasan tak nak duduk sebelah laki, berdua dengan lelaki dalam satu frame. Last2 show ni pun buka kisah silam/aib rumahtangga orang lain. Tak ada beza pun dgn alasan tak nak duduk sebelah lelaki. What a bullshit. Lol. Im glad mizz nina cuma kawan biasa, tak rapat, tak berkawan baik dgn jah lopa.
Ingatkan Islamik, tapi buat program buka aib. Acah2 suci tak nak satu program dengan lelaki lain secara berduaan tapi boleh buat show gosip buka aib.
SI JAHTONGKOL NI SIA SIA AJE BERNIQAB..
takde ke ostat2 nak kondem ni buka aib?
Utk makluman y’all..semua komen kat sini adlh org sama nk kondem loofa. Kau dh gila ker ape tappau semua komen? Meroyan x btempat, dh menopouse ke ko ni mulut dh naik kudis ke? Gatal nk hentam loofa yg tgh up show. Jeles le tu…ahaksss…
@Ffff Kalau kata semua di atas orang sama…
Nampak sangat yg awak ni BINGAI HAHAHAHA!
“Keeping Up With Daud Kardashian”
Kaya,berniqab,ada ilmu agama tp kalau dah nama org KELANTAN tetap ada BODOH dia! Kalau x caya tgk la artis lain yg KELANTAN jgk,masing2 ada KEBODOHAN tersendiri.
tu aku cakap…zouk ni perangai x sepadan pakaian….da pkai ninja..ko korek dalam kain org….hiporit x sudah2 ko hajjahzouk..
First time terpanggil untuk comment kat sini. Rasanya makin teruk isu buka aib pasangan suami isteri di media. Saya rasa program ini tidak perlu diteruskan pada masa hadapan kerana bakal menjemput banyak dosa daripada pahala dan Ziana please move on..
apabenda la ziana benda dah lepas kau simpan je la dalam kain kau. mcm kau je paling teruk hadap kawin? berjuta lagi la pasangan yg tak happy weh..
Yg pasal buka aib ni 1 hal…yg aku dok perati pakaian si lopak ni…ye tau awk nak jaga aurat..tp kenapa warna baju awk meriah betul? Siap mcm langsir meleret-leret…kalau pilih berniqab ni bukan septtnya pakaian tu tak guna warna2 yg menarik perhatian ke??? Pastu solekan mata tu ya ampunnnn!!! Kalau berniqab bukan septtnya lbh sederhana????
Citer sampah cmni baik korg takyah tgk. Memalukan je aib sekor2 terbukak. Baik ko wat rancangan masakan mcm akak ko. Ade gak guna nti.
Rancangan akhir zaman banyak cam ni ea…..buat mcam rancangan seakan keagamaan tapi…..nabi dah berpesan lama jgn buka aib….klu cerita mcam ni di cerita pada pihak yg berwajib je bukan mcam ni
Kalau x de benda nk komen lebih baik diam .
Memalukan betul .adap kat mana?