fbpx

Zed Zaidi Mahu Banteras Dadah Di Set Penggambaran

Menyedari terlalu banyak kes penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti, Presiden Seniman, Zed Zaidi akan menjalankan operasi yang dinamakan Ops Seni di semua lokasi penggambaran bagi menganggani isu terbabit.

BACA: Zed Zaidi: Farid Kamil Tak Berhutang Ah Long

“Cadangan ini disambut baik pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Cuma, buat masa sekarang masih dalam peringkat perbincangan bila operasi ini bermula”

“Dapat saja arahan, kita akan terus buat. Seniman juga tidak akan maklumkan bila dan di mana operasi dijalankan. Jika diuar-uarkan ia bukan operasi namanya. Kita tetap akan membuat operasi di set penggambaran tetapi buat masa ini masih menunggu arahan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Terdahulu industri dikejutkan dengan sikap agresif Datuk Farid Kamil terhadap pihak polis berikutan kesan pengambilan dadah. Terbaru pula, terdapat laporan mengatakan seorang pelawak ditangkap kerana memiliki dadah jenis ganja. (rtky/w)