fbpx

Zed Zaidi: Farid Kamil Tak Berhutang Ah Long

Berikutan tindakan Farid Kamil menunjukkan mesej mengenai ‘300 Artis Berhutang Ah Long’ sebelum menampar anggota polis baru-baru ini, ramai berpendapat nama pelakon itu termasuk dalam senarai tersebut.

Tidak mahu penahanan Farid dikaitkan dengan isu itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi menjelaskan bahawa nama Farid tidak termasuk dalam senarai 300 artis yang berhutang wang dengan ah long.

BACA: “Hanya Pistol Mainan, Apa Motif Pengarah Itu?”

“Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita bantu. Farid bukan salah seorang daripada mereka. Saya bagaimanapun tidak boleh mendedahkan nama-nama artis terlibat atas faktor keselamatan mereka”

Menurut Zed, beliau percayai Farid bertindak sedemikian kerana dibawah pengaruh dadah kerana mengalami despresi yang melampau. Bagaimanapun, Zed meminta semua pihak tidak menimbulkan spekulasi liar dan lebih baik menunggu laporan daripada pihak polis.

“Orang yang normal tidak akan berlaku ganas dengan menampar polis dan menendang orang awam. Orang yang di bawah pengaruh dadah boleh melakukan apa sahaja perbuatan jenayah,” jelasnya kepada Kosmo Online. (rtky/w)