fbpx

Zed Zaidi Anggap Gimik Marketing Tauke Jambu Tak Salah

Menerusi satu program bual bicara, Presiden Seniman Zed Zaidi menyifatkan gimik bagi memperomosikan produk yang dilakukan pelawak Tauke Jambu tidak salah.

Kata Zed lagi, apa yang dilakukan oleh Tauke itu dianggap sebagai satu trend terkini dan kreatif bagi membantu melariskan produk dengan cara tersendiri.

BACA: Main ‘Kahwin-Kahwin’, Tauke Jambu Sengaja Buat Sebab Nak Ajar Netizen

“Memang trend macam tu sekarang, tapi jangan samakan denagn video saya semalam. Itu bukan gimik. Itu dia (Tauke) punya marketing dan produk dia tu mungkin ada kena mengena dengan perkahwinan.

“Bagi saya perkara ini memperbaharui zaman, mungkin dengan cara ini lagi laku dan dapat tumpuan lagipun dia pelawak, lebih kreatif la,” katanya.

Semalam, Zed dijemput menjadi tetamu undangan dalam program YouTube dikenadalikan oleh Zarina dan Tauke Jambu.

Bulan lalu, tular video kononnnya Tauke berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita dikenali sebagai Shu sehingga mengundang kecaman netizen.

Bagaimanapun, Tauke menjelaskan ia hanya sekadar gimik bagi mempromosikan produk kesihatan keluarannya.