fbpx

Hampir seminggu mendiamkan diri selepas dikecam teruk gara-gara melakukan gimik kahwin untuk mempromosikan produk keluarannya, pelawak Tauke Jambu membuat permohonan maaf.

Tiada niat untuk menipu, Tauke berkata dia berbuat demikian kerana mahu mengajar netizen supaya bersabar dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi terburu-buru.

BACA: Sekadar Gimik, Majlis Pernikahan Tauke Jambu Cuma Iklan Jual Produk

“Saya minta maaf kepada netizen dan orang di luar sana, saya tak ada niat untuk scam atau menipu mereka. Ni cara zaman sekarang sebab nak menjana ekonomi. Masing-masing ada cara tersendiri… cuma harap netizen sebelum memberi sebarang komen dan spekulasi kena teliti terlebih dahulu.

“Ini mengajar kita untuk bersabar dan menunggu segala keputusan baru lah kita tentukan dan komen jangan nak hentam je,” katanya.

Meskipun dikecam teruk oleh netizen, Tauke berkata dia tidak mengambil hati dengan apa yang diperkatakan terhadap dirinya kerana sebagai artis dia memerlukan netizen.

“Saya tak ada simpan apa-apa pun, biasa la lumrah kehidupan ada pasang dan surut. Saya pun tak menyalahkan netizen sebab mereka yang menyokong kita sebenarnya sebab sebagai artis dan selebriti memang memerlukan netizen,” katanya.

Dalam pada itu, Tauke berkata ramai yang beranggap idea menggunakan isu perkahwinan sangat sensitif namun Tauke kata tidak perlu diperbesarkan dan ia hanya ‘main kahwin-kahwin’.

“Pasal isu kahwin tu pula samalah macam zaman kecil dulu mesti ramai pernah main kahwin-kahwin. Jadi macam saya ni baru nak hidup semula selepas banyak lakukan kesalahan, jadi saya ibaratkan diri macam budak main kahwin-kahwin,” katanya.