fbpx

Zarina Zainuddin Yakin Azal Mampu Jadi Suami Bertanggungjawab

Sebagai seorang ibu, pelakon Zarina Zainuddin berkata tiada apa yang lebih menggembirakan andai dapat melihat anak kesayangannya bahagia dengan insan tercinta.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina berkata dia yakin bahawa anaknya, Azal Azrai mampu menjadi seorang suami bertanggungjawab serta menyifatkan anaknya itu seorang yang setia.

BACA: Berkawan Rapat Dengan Wanita Indonesia, Zarina Zainuddin Doa Anak Bertemu Jodoh

“Sebagai ibu, saya memang harap nak tengok Azal kahwin, berumah tangga dan rasa bahagia dengan adanya isteri yang menjaga dan menyayanginya.

“Saya sangat yakin Azal mampu kerana dia bertanggungjawab. Macam mana dia dengan saya, jaga saya. Saya pergi mana-mana pun dia ikut. Dia seorang yang setia.

“Saya rasa bila dia dapat seorang wanita, seorang isteri, dia akan jaga dengan sangat baik sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina turut berharap Azal dipertemukan dengan wanita yang menyayanginya serta ikhlas untuk menjaganya.

“Saya harapkan adanya seorang wanita yang boleh berikan dia kasih sayang, jaga makan minum dan ikhlas menjaganya. Insya-Allah, semoga Allah permudahkan,” katanya.

Sebelum ini, Zarina berkongsikan Azal kini dalam fasa mengenal hati budi seorang wanita asal Indonesia yang dikenali sebagai Rahmah.