fbpx

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsikan anak lelakinya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal kini sedang berkawan rapat dengan seorang wanita berasal dari Indonesia dikenali sebagai Rahmah.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Zarina berkata mereka sudah banyak bertemu ketika sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura namun mula rapat sejak bulan lalu.

BACA: Netizen Minta Zarina Zainuddin Jaga Pemakanan Azal, Bimbang Obesiti

“Mereka sudah banyak kali berjumpa. Sekarang masih lagi dalam proses berkenalan. Hubungan mereka masih baru lagi. Rahmah bekerja di Singapura dan sebab itu mereka sering berjumpa di sana,” katanya.

Sementara itu, Zarina berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi tentang hubungan anaknya itu namun sebagai ibu hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Azal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

“Soal jodoh itu urusan Allah. Saya tak meletakkan harapan tinggi. Kalau ada jodoh saya terima dengan baik..Azal juga ada perasaan. 

“Saya mahu seorang yang boleh menjaga dia nanti. Apabila tengok Rahmah saya pun suka sebab dia seorang pendiam, rajin, cekap bekerja serta pandai bawa diri,” katanya.

Dalam pada iti, Zarina berkata pada awalnya Azal sukar untuk terima Rahmah kerana wanita itu bertudung. Namun, Rahmah menerima baik keadaan Azal yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) autisme.

“Dia (Rahmah) tahu kondisi Azal dan boleh menerima dengan baik. Azal pun boleh berdikari jika berniaga di sana. Azal ada kerja dan wang simpanan sendiri. Jadi tiada masalah untuk dia berkahwin.

“Pada awalnya memang Azal tak suka Rahmah sebab dia bertudung. Namun saya terangkan kepada Azal carilah wanita yang pandai menjaga agama dan kemudian dia faham,” katanya.