fbpx

Zarina Zainuddin Terkilan Anak Autism Dihina Tidak Betul

Memiliki dua orang anak menghidap Autism, pelakon Zarian Zainuddin tidak mengganggap kekurangan anak-anaknya itu perkara memalukan malah ianya adalah nikmat dan ujian yang diberikan oleh Allah.

Jika anda mengikuti Instagram Zarina, beliau sentiasa berkongsikan foto dan video aktiviti harian bersama anak-anaknya. Bagaimanapun, ada segelintir netizen dilihat agak kurang senang dengan perkongsian tersebut sehingga sanggup melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya.

BACA: Zarina Zainuddin Dedah Jadi Isteri Kedua Kerana Simpati

Tiada ibu di dunia ini yang tidak sedih apabila anaknya dihina sedemikian rupa, namun Zarina tidak cepat melatah dengan kata kesat netizen tersebut. Komen netizen itu dibalas dengan tenang, malah Zarina turut mendoakan agar netizen tersebut mendapat rahmat.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap netizen tersebut. Ada yang mengatakan, individu tersebut seorang yang berhati busuk dan tidak boleh melihat orang lain bahagia.

Jika dilihat pada perkongsian di Instagram Zarina, pelakon itu banyak berkongsikan pengalamannya menjaga anak Autism sekaligus memberi kesedaran tentang Autism kepada masyarakat. (rtky/f)

Watsons Malaysia kini sedang mengadakan Watsons Buy-Buy Year End Sale dengan potongan harga barangan sehingga 50% di seluruh Malaysia. Ahli kad Watsons juga akan menerima HADIAH PERCUMA edisi terhad.

Ayuh serbu cawangan Watsons seluruh Malaysia untuk belanja keperluan diri untuk tahun baru!

Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.