Perkongsian pelakon Zarina Zainuddin menjadi perhatian meluahkan rasa teriklan melihat tindakan seorang remaja melakukan aksi seolah mempersendakan anak autisme.
Memetik mStar Online, Zarina berkata video tersebut memberi kesan mendalam padanya apatah lagi dia mempunyai anak autisme sehingga dia mengalami kemurungan.
BACA: Madu Hadiahkan Set Gelang Berlian, Zarina Zainuddin Segan Nak Pakai
“Saya dapat video tersebut apabila ada seseorang yang mengirimnya kepada saya dan kemudian saya lihat akaun remaja tersebut di TikTok. Saya rasa amat sedih sekali.
“Selepas menonton video itu saya jadi murung. Air mata saya tak berhenti. Malah ketika sedang bersiap untuk kerja pun saya masih menangis,” katanya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Zarina ada memuat naik video remaja itu di Instagram memaparkan seorang remaja melakukan aksi luar kawalan seorang anak autisme sama seperti yang sering terjadi kepada anaknya iaitu Azil.
Dalam entri tersebut, Zarina menjelaskan tindakannya membawa Azil ke satu acara baru-baru ini kerana tiada orang yang boleh menjaga di rumah.
“Remaja yang ejek kelakuan Azil ini bagi saya sungguh tidak sensitif pada nasib seseorang. Saya bawa Azil ke sebuah majlis, masa pelancaran berlangsung dia okay sahaja sehinggalah dihindangkan minuman bergas. Dia jadi hiper dan terus mengamuk. Saya minta maaf pada semua,” tulisnya.