Madu Hadiahkan Set Gelang Berlian, Zarina Zainuddin Segan Nak Pakai
Hampir 28 tahun hidup bermadu, baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin memuat naik perkongsian dimana madunya ada menghadiahkan set gelang bertatahkan berlian.
Menerusi entri di Instagram, Zarina berkata dia menerima gelang tersebut sempena hari kelahirannya dua tahun lalu. Mengucapkan terima kasih kepada madunya di atas hadiah itu, Zarina berkata dia terlalu sayang untuk memotong gelang berkenaan.
BACA: Zarina Zainuddin Dedah Suami Nyaris Ditembak Arwah Bapa Isteri Pertama
View this post on Instagram
“Terima kasih maduku Datin Sri Noorhasimah bagi hadiah set berlian. Sebenarnya gelang ni dah lama dah saya dapat masa birthday saya 2 tahun lepas.
“Saya sayang nak potong. Saya simpan lama-lama, suami saya kata tak baik simpan lama-lama kakak dah bagi tu pakailah,” katanya.
Kata Zarina lebihan potongan gelang tersebut dijadikan sebagai cincin. Ujarnya lagi, dia tidak gemar memakai barang kemas dan lebih suka memakai jam jam tangan. Namun hanya akan memakai barang kemas jika ada acara majlis sahaja.
“Saya ni bukan jenis suka barang kemas. Saya rimas lagipun tangan dah berkedut kulit gelap pakai pun segan. Saya pakai bila semalam ada function tu je. Kalau jam saya suka.
“Terima kasih Datin Sri barang mahal-mahal ni takut nak pakai. Madu saya cantik kulit putih melepak pakai barang kemas pun nampak manis. Saya bila pakai syok sendiri je,” katanya.
Sebelum ini, Zarina mendedahkan dia sangat menyanjungi dan sangat kasihkan madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor yang banyak mengajar dan membimbingnya ke jalan yang benar.
Nampak ikhlas zarina.ikhlas memberi, menerima dan menyayangi.
Moga kita semua ikhlas berbakti
Alhamdulillah, bagus sikap Zarina pandai meletakkan diri sebagai isteri No.2. very humble dan Hormati isteri Pertama
alhamdulillah…
kalaulah semua wanita begitu…bahagia sang suami dan anak anak
Alhamdulillah.. jelas sekali zarina ikhlas & begitu menghormati Isteri Pertama.. sebab itu dia disayangi & bahagia walau hidup bermadu.. Zarina selalu mendahului Isteri Pertama!
Berbeza sekali dgn vie shanti khan yg sungguh biadap & pentingkan diri sendiri. Sebab itulah kehidupan vie retak menanti belah kerana hati tak pernah tenang & hidup tak bahagia kerana mempunyai hati busuk & pentingkan diri!
Cuba vie hadam @ bertaubat dgn kata nasihat Zarina Zainuddin “Hormat hak orang yang pertama tetap yang pertama, sampai bila-bila kau yang nombor 2 dan seterusnya tu.. Bawa banyak bersabar. Hati orang kau dah koyak-rabakkan pastu nak sedap-sedap dengan laki dia,”
Vie Shantie tak padan dengan asyik sebut “masyaAllah”, jual jubah niqab, tapi sondol suami orang. Hodoh betul perangainya duk menayang suami sondolan dia tu.