fbpx

Zarina Anjoulie Tempah Baju Kahwin, Ramai Peminat Teruja

Pasti ramai tahu, sejak kebelakangan ini pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan apabila berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih baru dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.

Rata-rata netizen tumpang bahagia apabila melihat Zarina disayangi teman lelakinya dan akhirnya pelakon itu berjumpa lelaki yang tepat buatnya.

BACA: Nak Belanja Gelang Besar Tapi Pilih Yang Kecil, Kekasih Puji Sikap Zarina Anjoulie

Terbaru, perkongsian Zarina atau lebih mesra disapa Anju menjadi perhatian apabila berkongsikan video keterujaannya menempah baju perkahwinannya di butik pengantin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Menerusi video dikongsikan, Anju ke butik pengantin berkenaan bersama kekasihnya untuk mengukur baju pernikahan mereka.

“Salam guys, sangat teruja untuk hari ini sebab pergi tempah baju Anju dan Anju takkan cari orang lain buat baju kahwin. Hanya hansminofficial sahaja!

“His the best! Baju semua cantik-cantik, saya percayakan dia untuk baju kahwin saya. Masa kahwin dulu pun mereka yang buat baju Anju,”tulisnya.

Perkongsian Anju itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang teruja dengan perkongsiannya itu serta mendoakan agar urusan pasangan itu menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.