fbpx

Pasti ramai tahu, sejak kebelakangan ini pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan apabila berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih baru dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.

Rata-rata netizen tumpang bahagia apabila melihat Zarina disayangi teman lelakinya dan akhirnya pelakon itu berjumpa lelaki yang tepat buatnya. 

BACA: Kekasih Belikan Zarina Anjoulie Baju-Baju Muslimah 

Baru-baru ini, kekasihnya ada memuat naik video membelanja Zarina atau lebih mesra disapa Anju gelang tangan di sebuah kedai emas.

https://www.tiktok.com/@abot_anjoulie/video/7182123729709763867?is_from_webapp=v1&item_id=7182123729709763867

Apa yang menjadi perhatian, Datuk Seri Elzy memuji teman wanitanya itu tidak demand dan memilih gelang tangan yang kecil meskipun ditawarkan untuk membeli gelang besar.

https://www.tiktok.com/@zarinaanjoulie_elzey/video/7182126294014905626?is_from_webapp=v1&item_id=7182126294014905626

Sementara itu, Anju juga dilihat ada memuat naik video di TikTok mengucapkan terima kasih buat kekasihnya itu kerana membelikan gelang emas buat dirinya serta berseloroh mengatakan sebulan dia menangis kerana terharu.

Perkongsian kekasih Anju itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira melihat pelakon itu kini bahagia dengan pilihan hatinya itu serta berharap hubungan mereka sampai ke gerbang perkahwinan.