fbpx

Zarina Anjoulie Sudah Maafkan Amyza Aznan

Nampaknya, isu perbalahan antara artis dan netizen masih tiada kesudahan lagi apabila sebelum ini Zarina Anjoulie mendedahkan ada perbualan beberapa artis menghina netizen IQ rendah dan ibarat lembu cucuk hidung.

Turut terkena tempias pelakon Amyza Aznan yang kini sedang berdepan dengan kecaman dan cacian netizen sehingga ada netizen melancarkan boikot terhadap beberapa artis termasuk dirinya.

BACA: Amyza Aznan Nafi Hina Netizen, Tuju Pada ‘Troopers’ Zarina Anjoulie?

Terbaru, Zarina menerusi Instagramnya meminta Amyza agar berhenti berbalah dengan netizen di media sosial. Kata Zarina lagi sampai bila pelakon itu mahu bergaduh dengan netizen dan lebih baik jika menggunakan platform media sosial untuk menyebar kebaikan.

Menurut Zarina lagi, dia juga sudah memaafkan Amyza di sebalik konflik yang tercetus antara mereka sebelum ini. Menerusi entri tersebut, Anju turut berkongsi paparan komen yang ditinggalkan Amyza yang seolah-olah berang apabila netizen mempersoalkan ‘perangai sebenarnya’.

“Sudah-sudahlah Myza, kau nak gaduh dengan semua orang sampai bila? Dengan aku nak gaduh, dengan netizen nak gaduh.

“Sister, ramai lagi saudara kita yang tengah kebulur kat luar tu. Daripada kau gigih nak jatuhkan orang, baik kau gunakan platform kau untuk membantu, lagi orang sayang,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Terdahulu, Amyza menafikan dakwaan dia menghina netizen tetapi berang dengan ‘troopers’ seorang selebriti selebriti yang didakwa telah mengrekrut netizen untuk menyerang para artis ketika siaran langsung pihak SENIMAN yang berbicara mengenai bantuan khusus artis.