fbpx

Zarina Anjoulie Menangis Sempat Beli Baju Raya RM800 Untuk Bekas Suami

Meskipun sudah seminggu sah diceraikan, namun pelakon Zarina Anjoulie dilihat masih berkongsikan luahan hati mengenai pengorbanan yang dilakukannya selama bergelar isteri.

Malah, tular satu di TikTok apabila netizen berkongsikan sedutan video luahan Zarina yang sebak apabila memberitahu dia sempat membelikan baju Melayu untuk bekas suami dan anaknya.

BACA: Zarina Anjoulie Cabar Bekas Suami Cerai Talak Tiga

Dilihat tidak dapat menahan air matanya, Zarina berkata dia tidak membeli baju raya untuk dirinya sendiri tetapi membelanjakan sebanyak RM800 untuk baju Melayu bekas suaminya, Eilyas Azhar.

@mr_hanz_

#fyp #stitch kami tahu anju kuat????

? original sound – adibfarhann – ZulHaikal

“Aku belikan baju raya engkau dan anak RM800, last-last aku kena apa? Campak tahi. Aku pun takde baju sebab hari tu tak cukup duit.

“Tapi pengorbanan bini, kau tahu apa. Sanggup beli untuk suami dan anak, kalau diri kau sendiri takde pun takpe,” luahnya.

Menerusi satu lagi video, Zarina turut menasihati wanita diluar sana supaya berkahwin dengan lelaki berkemampuan kerana sukar untuk mencari pasangan yang sanggup hidup susah bersama.

https://www.tiktok.com/@hanzhajibangsa2/video/6960428147003100417?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Baik kau kahwin dengan lelaki kaya. Kalau dia kutuk, hina, malukan kau pun sekurang-kurangnya kalau dapat la duit, rumah atau kereta.

“Jangan jadi macam aku, bodoh. Satu habuk pun tak dapat sebab kononnya susah senang bersama. Ada lelaki macam tu, tapi satu dalam seribu,” ujarnya kecewa.

Minggu lalu, Zarina mengumumkan dia dan Eilyas atau mesra disapa Yas bercerai kali kedua selepas dua bulan rujuk semula.