fbpx

Zarina Anjoulie Mahu Pasangan Normal, Tak Gila Glamor

Kini sudah mempunyai kekasih baru, pelakon sensasi Zarina Anjoulie berkata dia gembira menjalin hubungan dengan jejaka tersebut sejak setahun lalu.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata dia mahu bersama dengan individu yang stabil, normal dan seorang yang tidak gila glamor.

BACA: Khazrul Dakwa Pertunangan Dengan Zarina Anjoulie Hanya Rekaan

“Saya tidak boleh bersama dengan lelaki satu hari dia ingin menjadi ustaz, kemudian ingin jadi hip hop. Apabila bercinta jadi ustaz, bila putus jadi hip hop.

“Dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan. Jadi saya ingin bersama dengan seseorang yang stabil. Bagaimanapun saya mendoakan semoga keadaannya baik-baik saja.

“Saya perlu bersama dengan orang yang normal, tidak gila glamor. Bukan seseorang yang apabila putus saja terus memberitahu kepada wartawan,” katanya.

Sementara itu, menjawab dakwaan hubungannya dengan bekas kekasih sebelum ini adalah untuk meraih publisiti, Zarina berkata jika dia mahu berbuat demikian dia akan mencari individu yang lebih popular.

“Seingat saya, saya seorang yang popular. Kenapa saya perlukan pertolongan seseorang yang tidak popular untuk popular. Bagi saya, cuba fikir secara logik.

“Saya keluar saja rumah semua orang ingin bergambar dengan saya. Syukur alhamdulillah peminat menghargai saya. Kalau saya ingin publisiti lebih baik saya cari mereka yang lebih popular seperti Zoey. Dia kacak dan dia popular,” katanya.

Terdahulu, ahli perniagaan Datuk Khazrul Elzey mendedahkan pertunangannya dengan Zarina sebelum ini hanya sekadar rekaan yang dirancang oleh pelakon sensasi itu.

Khazrul mendakwa kisah pertunangan mereka adalah untuk menaikkan kembali nama pelakon itu dalam industri dan dia melakukannya kerana sayangkan wanita itu.

SUMBER: HibGlam