Zarina Anjoulie Kongsi Video Bersama Hot Daddy Jadi Perhatian

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersama individu yang pernah terpalit kontroversi besar iaitu Hot Daddy.

Menerusi video tersebut, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata dia kena belajar memasak dengan beberapa wanita di dapur.

BACA: “Job Review Kurang, I Dah Sendu” – Zarina Anjoulie Kerja Kedai Sandwich

“Hari ini kita masak-masak. Mereka masak sedap-sedap. Saya kena belajar dengan mereka macam mana nak masak. Saya hanya pandai buat salad sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan Anju bersama mereka namun apa yang pasti video itu mencetuskan tanda tanya netizen.

Untuk rekod, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli pernah didakwa atas tuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X dan menjual rakaman video lucah.

×